Monday, December 24, 2012

RESEPI VEGETARIAN DALCA TANPA SANTAN

Kuah dalca tanpa santan.. Sedap dan Sihat..

Kecur tekak tenguk gambar ni..

Dinner semalam capati dan kuah dalca versi Adib Rasa.. 









Salaam semua sahabat, jemput makan dinner kami semalam, dah tayang semalam tapi tanpa resepi capati. Tapi hari ini kita share resepi Kuah Dalca tanpa Santan ya. Dibawah ini saya titipkan.

RESEPI VEGETARIAN DALCA TANPA SANTAN
Sumber : ADIB RASA

Bahan-bahannya
Bahan A - direbus sampai dalca sedikit pecah
1 cawan dalca
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 cawan air

Bahan B - Ditumbuk lumat
1 inci halia 
4 ulas bawang putih

Bahan C
1 sudu kecil rempah campur ( halba, jintan dan biji sawi)
3 cili kering - di potong kecil
2 cili hijau - hiris panjang
2 sudu besar kari powder
3 tangkai daun kari
daun ketumbar
tomato - potong dadu
1 terung panjang
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 biji kentang - potong 8 dadu
1 keping asam keping
garam dan gula.

Cara-caranya
1) Dalam periuk, Bahan A direbus sampai dalca sedikit pecah dan kemudian kentang di rebus hingga empuk.Ketepikan.
2) Dalam kuali, tumis rempah campur, bahan B dan bawang besar hingga wangi, masukkan kari hingga wangi. Kemudian masukkan bahan tumis dalam periuk. Kacau rata dan masukkan semua bahan-bahan lain hingga empuk dan masak. Kalau terlalu pekat tambah air ya.
3).Masukkan garam, gula, asam keping dan akhir sekali masukkan daun ketumbar. Biarkan higga masak.

Nota : boleh juga kalau nak letak ayam atau daging, tapi saya tak letak nak cuba buat vegetarian dalca.

Adib Rasa seronok sebab berjaya memasak vegetarian dalca tanpa santan. Cubalah sedap, Alhamdulillah.

ADIB RASA...


Sunday, December 23, 2012

CAPATI BERBAGAI RUPA...

Capati berbagai bentuk dengan kuah dalca tanpa santan.
Adunan capati - diadun untuk menjadi bebola.

Berbagai bentuk/rupa capati hasil air tangan saya...


Assalaamualaikum sahabat blogger,
Lihatlah capati hasil air tangan saya, nampak sangat tak pro, almaklumlah pertama kali mencuba resepi ni.
Walaubagaimanapun, saya gembira dengan rasa dan kelembutannya capati ini. Saya tak mahu mengalah, akan saya cuba lagi makanan sihat ini hingga saya berjaya.
Maka Adib Rasa tak mahu lagi share this recipe until I fully satisfy. Maaf ya.. satu hari nanti.. Insya Allah.

ADIB RASA...

Sunday, December 16, 2012

Aiskrim Markisa

Aiskrim markisa yang baru dikeluarkan dari bekas aiskrim

Emm sedapnya, lazat tu..
Tenguk buah markisa tu..sedapnya..





Assalaamualaikum sahabat blogger, sebenarnya dah lama buat aiskrim ni ,  buat tak banyak sebab bekalan buah markisa hanyalah empat biji sahaja. Actually, buah markisa atau passion fruit ini pemberian jiran sebelah yang baru pulang bercuti dari Bali tempohari. Mula-mula nak buat puding, tapi fikir-fikir kalau buat aiskrim lagi laku kat rumah ni. Kalau nak kongsi resepi versi Adib rasa ada di bawah ini.

Aiskrim Markisa
sumber : Adib Rasa

4 biji buah markisa ( ambil isinya sahaja )
1 cawan plain yogurt
1/2 cawan susu manis
1 cawan susu cair dutch lady

Cara-caranya
1) Campurkan semua bahan dan kacau rata.
2)  Masukkan kedalam bekas aiskrim atau bekas plastik. masukkan dalam freezer selama 4-6jam.
     Sedia dimakan.
Adib rasa puas hati dengan kejadian aiskrim markisa yang lazat ni, menepati citarasa kami. Alhamdulillah..

ADIB RASA...

Friday, December 14, 2012

LAGI DAN LAGI....

Kuih kegemaran saya Bingka Labu.

Bingka Labu lagi.. lihatlah warnanya yang menarik dan rasanya yang ehm... delish..


Assalaamualaikum semua... maaflah dah lama tak bersiaran..sibuk? tak juga..cuma not in the mood lately..dua hari lepas pergi supermarket Tesco, nampak labu besar-besar..tergambarlah bingka.. so beli satu dan buat kuih kegemaranku.. Kredit to CMG, Alhamdulillah.. menjadi kuih bingka ini, tapi kali ini saya taburkan campuran bijan putih dan hitam, rasanya sama aje.. resepi tak payahlah nak ulang boleh intai di DTS - CMG.

Adib rasa teruja buat kuih ini walaupun telah berkali-kali buat... Many thanks to CMG. Syukurillah...

ADIB RASA

Friday, December 7, 2012

Home Made PIZZA

Pizza yang belum di masak

Baru keluar oven panas, panas..

Buat pizza sempena pre birthday hubby on sunday... Balik lunch tadi senyum aje dia bila ada tag happy birthday..

Assalaamualaikum dan hai blogger di hari jumaat yang indah ini. Dah lunch ? kami baru habis lunch sebelum hubby dan anak teruna ke masjid tadi. Alhamdulillah dapat juga saya buat pizza setelah sekian lama tak buat. Sebenarnya saya tak ada idea nak masak apa for my hubby birthday on sunday nanti.. tanya dia semalam katanya jangan buat kek nanti manis... katanya dia nak diet.. so end up, saya buat pizza and campbell mushroom soup segera..bagus juga ,senyum aje dia and my son nampak pizza. Banyak juga depa makan. Malam ini dinner kena perabiskan pizza lagi..

Saya ambil crust pizza resepi dari sky blue. terima kasih ya. Dibawah ini resepinya.

Homemade Pizza
Sumber : Sky blue
Telah di cuba : Adib Rasa

500gm tepung
secubit garam
8 gram  yeast kering
16 ml olive oil
250ml air suam ( adib tambah sikit lagi tadi )

Topping
Shredded cheeese- cheddar dan mozarella
bawang besar, minced meat ( saya goreng dgn sedikit minyak dulu tadi )
hirisan ayam ( saya tak letak ganti hot dog hiris)
olive, capsicum, nenas ( saya cuma guna hirisan tomato, cendawan shitake dan hirisan terung)
tomato paste / tomato sos
mayonise / thousand island

Cara-caranya
1) Masukkan semua bahan. Uli doh dengan tangan, macam uli roti, masukkan dalam mangkuk tutup dalam cling wrap hingga naik selama 15 minit .
2) Bahagi dua, Saya bahagi 2 besar, 4 kecil.. Canai nipis biarkan naik lagi. Letak topping dan cheese.
3) Bakar 200 darjah selama 12 - 15 minit


Adib Rasa perbandingan pizza yang di masak atas kuali roti canai ( galvanised iron ) lebih baik kejadiannya dengan menggunakan tray pizza biasa. Cubalah .. pasti tak mengecewakan..

ADIB RASA...

Sunday, December 2, 2012

Udang Grilled

Udang yang baru di grilled

Sos Pencicah Udang versi Adib Rasa
Assalaamualaikum.. dah makan malam? Kami sekeluarga alhamdulillah dah makan seawal 6.45 petang tadi.Begitulah rutin kami, makan malam sebelum maghrib.Saya hanya masak simple saja hari ini , atas permintaan anak sulung saya pulang bercuti di hujung minggu. Dia membawa balik udang besar-besar tak tau pula jenis apa. saya penuhi permintaannya untuk di grill udang tu. Saya tulis resepi di bawah ini.

Udang Grill
Sumber : Adib Rasa

15 ekor Udang Besar di bersihkan
1 sudu besar cayenne
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar honey
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
2 sudu besar minyak zaitun
sedikit garam

Cara-caranya
1) Semua bahan-bahan di satukan dan marinate selama 1 jam atau lebih.
2) bakar di dalam oven 6-8 minit, balikkan 5 minit. masak dan hidangkan

Simple Sos Versi Adib Rasa
2 sudu besar sos cili thai
2 susu besar sos black pepper
1 biji perahan limau kasturi
6 cili padi dihiris

Semua bahan-bahan di satukan dan kacau rata. Boleh dihidangkan terus.

Adib rasa simplenya dinner tonite, kami makan bersama nasi, ikan kerapu masak hijau dan asam rebus keladi. Dah mengantuk pula, nanti ada masa saya lampirkan resepi yang lain. Itupun kalau di beri kesempatan. Insya ALLAH. Good nite..

Adib Rasa

East Meet West..

Pancake versi saya terlebih masak...
                                                        Serawa Durian

Inilah makanan sarapan kami untuk pagi ahad ini. Ramai Bloggerdi luar sana telah mencuba durian crepe ya, saya ingin nak cuba tapi tak ada whipping creme kat rumah pula so end up pancake with serawa durian. Ehm... enak jugak east meet west breakfast ni, bagi penggemar durian la ya. Resepi pancake , saya ambil dari Kak Nor Secubit Garam. Untuk resepi Serawa Durian versi saya lampirkan dibawah ini.


Serawa Durian


Sumber : Adib Rasa

Bahan- Bahan
8 ulas isi durian dgn bijinya
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1 sudu besar gula putih
sedikit garam

Cara-caranya
1) Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak api perlahan.
2) Kacau perlahan-lahan, jangan santan pecah. kalau terlalu pekat, tambah air lagi. Siap di makan.

Adib rasa mudah sangat nak buat sarapan pagi ini, boleh lah cuba untuk tukar selera famili yang menggemari durian.

ADIB RASA