Monday, November 26, 2012

Enaknya...Rendang Pucuk Paku

Rendang Pucuk Paku

Assalaamualaikum dan selamat sore untuk semua Blogger, Delish.. dinner tonite, pedas-pedas pun sedap sehingga menjilat jari. Sebenarnya saya teruja menatap blog CMG yang masak rendang pucuk ubi tempoh hari. Di Sedenak mesti CMG mudah mendapat bekalan pucuk ubi ya, tetapi saya tinggal di Shah Alam, bekalan pucuk ubi jarang-jarang kelihatan di pasar. Jadi saya gantikan dengan pucuk paku.. walaupun tak sesedap lauk CMG, saya bersyukur dinner tonite menepati selera kami sekeluarga.Tetapi saya olah sikit resepinya ikut cara bonda saya. Kalau nak cuba cara saya, resepi dibawah ini.

Rendang Pucuk Paku
Sumber : Adib Rasa

Bahan-bahannya
3 ikat pucuk paku - bersihkan
15- 20 cili padi ( ikut rasa ) - di tumbuk
kunyit sebesar ibu jari  di tumbuk
1 batang serai - dititik
1/2 cawan ikan bilis
1 cawan santan pekat
gula merah dan garam secukup rasa
sedikit air - 1/2 cawan
1 keping asam keping

Cara-caranya
1) Satukan semua bahan kecuali santan pekat dan pucuk paku. Masak sehingga mendidih.Biarkan sebentar.
2) Biarkan api dapur perlahan. Kemudian masukkan santan, kacau rata sehingga pekat, masukkan pucuk paku sehingga kering dan bertahi minyak.

Adib rasa mudahnya masak rendang pucuk ni, cubalah pasti tidak mengecewakan bagi penggemar makanan tradisi.

Adib Rasa

Saturday, November 24, 2012

Buru Daging Rusa

Masih didalam kuali lagi..
BURU DAGING RUSA

Assalaamualaikum Semua dan Salaam Pagi.. Agak sejuk dan hening pagi Sabtu ni.. Selepas subuh masih ramai  yang menarik selimut semula.. Terkeluar topik Buru daging Rusa? Ya memburu di Pekan Sari, Last weekend balik kampung suami, terjumpalah peniaga menjual daging rusa, dah lama tak makan ni, terus beli sekilo. Saya masak pada ahad lepas, Daging Rusa Black Pepper. Alhamdulillah keluarga menggemarinya, Dagingnya yang tersangat lembut dan manis. Nak resepi cara Adib Rasa, saya titipkan dibawah ni, Simple but Delish...
DAGING RUSA BLACK PEPPER
sumber : Adib Rasa

Bahan-bahannya
500gram daging rusa - hiris nipis
1 biji capsicum - potong panjang
6-7 cendawan butang - di hiris
1 biji bawang holland - potong bulat*
3 biji bawang putih - dihiris*
1" halia - dihiris panjang*
3 sudu besar sos black pepper
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu besar tomato sos
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil black pepper corn di tumbuk kasar
garam dan garam
minyak untuk menumis

Cara-caranya
1) panaskan minyak di kuali, masukkan daging rusa, goring separuh masak, masukkan Bahan *masak
 sehingga bawang layu.
2) masukkan capsicum dan cendawan butang, masak sebentar, masukkan semua sos dan lada hitam, garam dan sedikit air. biarkan sebentar sehingga masak.
3) Hidangkan panas. Sedap di makan bersama nasi atau roti.

Adib Rasa amat mudahdan cepat penyediaan masak cara begini dan rasa enak menepati citarasa kami sekeluarga. Alhamdulillah bolehlah buat lagi tapi kenalah memburu lagi...

Adib Rasa...

Monday, November 19, 2012

Puyuh Goring Kunyit

Assalaamualaikum Semua,
Entri malam ni, Dinner semalam, Burung Puyuh Goring Kunyit. Garing dan Rangup, krup krap krup krap..Nak resepi...senang saja, rasanya anak-anak baru belajar masak pun boleh buat ni. Resepi saya titipkan di bawah.

Puyuh Goreng Kunyit.
5 ekor burung puyuh ( bersihkan )
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 sk kunyit serbuk
sedikit garam dan lada sulah
minyak untuk menggoreng.
Caranya
1) satukan semua bahan-bahan, biarkan 10 minit.
2) Panaskan kuali, isi minyak dan goreng hingga garing. Siap untuk dihidangkan.

Adib rasa walaupun masakan simple tapi enak sekali. Ratah begitu sahaja..

Adib Rasa...

Thursday, November 15, 2012

30 MINIT LAKSA SEGERA

 Assalamualaikum dan selamat pagi,
Bangun pagi, rasa segar di awal muharram ni, terus aje nak add this photo, about our lunch yesterday. Sungguh cepat  dimasak dan enak di makan. Dah lama tak makan laksa komen ana-anakku. Sedaplah mak. Alhamdulillah..
Simple aje lunch semalam laksa hanya berulamkan salad, hirisan timun, telur rebus dan hirisan cilipadi.   

Resepi Laksa Segera ni saya sertakan dibawah. Resepi dari Nasya sumber di internet.
Bahan-bahannya.
2 tin sadin ( kecil )*
1 biji bawang holland*
Belacan sebesar ibu jari*
1 sudu besar cili boh*
5-7 keping asam keping
Sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan ( Saya letak 2 kuntum )
1 1/2 blender air
1 packet laksa jenama Eka ( Saya guna laksa fresh )
2 sudu besar pati ikan bilis ( budu ) - saya tambah
garam.
Ulaman - Salad , timun , cili padi dan telur rebus.

Cara- Caranya.
1) semua bahan *di blend dan masukkan semua bahan dalam periuk sehingga mendidih sebentar.
2) Siap di hidangkan, hiaslah dengan ulam-ulaman.

Terima Kasih Nasya berkongsi ilmu, Adib rasa syukur dapat menikmati laksa tak sampai 30 minit. Lain kali  nak buat lagi dengan menambah ikan segar pula. Adib rasa sure bertambah enak ya!
SALAAM MAAL HIJRAH

Adib Rasa

Monday, November 12, 2012

Vanilla Muffin ala Kenny Roger..

 Assalamualaikum  dan Slmt Petang Semua,
Petang ni, rajinkan diri bake vanilla muffin. Terpanggil untuk mencuba muffin di MYR. Ribuan terima kasih.. menjadi juga. Komen anak gadis saya ehm..rasanya macam muffin Kenny Roger.lah mak... Alhamdulillah mereka suka untuk menjamahnya.

 Saja buat, sebab esuk anak sulung dan isterinya yang berkerja di KK akan pulang bercuti, walaupun untuk seketika. Bolehlah jamu mereka nanti..









Taburan  rice chocolate untuk hiasan.     
                                         Dah masak... kejap lagi boleh lah dihidangkan.
Dibawah ni saya saya  lampirkan resepinya
VANILLA MUFFIN  DARI DEENOOS MYR
8 tbsp mentega dicairkan
4 cup tepung gandum - di ayak
2 cup gula halus ( saya kurangkan 1 1/2 cup )
2 cup susu segar
4 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya
1) Satukan bahan-bahan basah, di putar sebati, dan masukkan bahan kering yang telah di ayak, tadi gaul rata.
2)  Sudukan kedalam paper cup, Bakar selama 20 minit - 180C

Adib rasa muffin ni sedap dan moist.Memang menepati citarasa kami sekeluarga. Ehmm bolehlah bake lagi..itupun kalau di izin Ilahi.

Adibrasa..

Friday, November 9, 2012

Pencuci Mulut

PENCUCI MULUT - BUBUR JAGUNG NANGKA

Kenapa ya di panggil pencuci mulut? Sepatutnya bila dikatakan pencuci mulut, mulut dibasuh, betul tak? So stop eating and munching , right? Tapi begitulah bidalan melayu, pencuci mulut maknanya buah-buahan atau manisan seperti bubur , agar-agar, puding dll. yang menjadi hidangan selepas makanan berat.
Bubur jagung nangka, saya sediakan semasa ada jamuan kecil dirumah tempoh hari. Lemak manis dan baunya harum bau pandan dan nangka.Maaf resepi saya tak ada sukatan.. Senang aje buat bubur ini, saya guna frozen jagung,sedikit nangka madu disiat-siat, santan, sagu biji, daun pandan dan  gula putih.
Adib rasa teruja sebab habis satu periuk mereka makan.. Alhamdulillah..

Adib Rasa ..

Kuih Kegemaran Orang lama


BINGKA LABU - Kuih kegemaran Orang Lama
Begitulah ungkapan anak dara saya mengenai kuih diatas. Mak ini kuih orang lama aka orang tua...what ever they said, I love this bingka and will always bake again and again.
Saya pernah bawa kuih ini semasa saya menghadiri kelas ugama, beri kawan-kawan merasa, semuanya memuji dan menyukainya. Ada yang meminta resepi. Saya nak minta CMG - Dapur Tanpa sempadan halalkan resepinya . Dah saya kongsi resepinya dengan kawan- kawan masjid saya. Harap halalkan ya.Moga Allah berkati usaha anda dan dimurahkan rezeki.
Saya juga telah di maklumkan bahawa Nabi Muhammad SAW sangat menggemari labu. Ehm... memang sedap, teksturnya halus, lembut dan lemak manis secukup rasa. Terima kasih CMG for very exquisite recipe.

Adibrasa

Tuesday, November 6, 2012

Fav ni...Badak Berendam..

Assalaamulaikum,

Bersiaran lagi, walaupun sibuk sikit, ada projek untuk disiapkan, lapangkan masa berblog. Maaf gambar terbalik, masih belajar cam mana nak edit...

Dah lama buat kuih ni, badak berendam kesukaan semua dirumah.. Senang saja. Buat macam buah melaka,tepung pulut dan gula melaka ( ini wajib), rebus or kukus ( 15 minit ) sebentar. Buat dadihnya santan pekat, garam dan sedikit tepung. kacau sebati dan masukkkan kedalam buah melaka tadi.Kukus sebentar.. cubalah..sukatan agak-agak ajelah ya. Rasanya nikmat. Alhamdulillah..

Friday, November 2, 2012

Masak Lomak Kulit Rambai

Masak Lomak ikan Kulit Rambai Sori.. gambar kabur aje.. sedap dan pedas.. Emak bagi kulit rambai, apa lagi terus aje kupas dan masak. dah lama tak makan masakan begini.. simple tapi ehm enak..

HELLO WORLD

Hello