Thursday, November 21, 2013

Makanan orang sakit tekak

Mee sup sahaje..Alhamdulillah

Makanan orang sakit tekak

Makanan orang sakit tekak...mee sup sahaja..masak sup ayam..tumis bawang putih, halia, rempah ,sup punjut, sedikit bawang besar dihiris, lada sulah, lada hitam dan 2 biji cili padi di ketuk.

Jangan lupa asam keping daun sup daun bawang dan bawang goreng..saya juga letak sawi kecil n carrot untuk perencah sayur.  Alhamdulillah kenyang ..laju aje ieang yang sakit tekak makan makam ni..

Thursday, October 17, 2013

Sambal kering Kacang dan bilis

Assalaamualaikum dan salaam eidul adha semua..maaf dah lama saya tak bersiaran..banyak sangat halnya. Sempena aidil adha ni saya nak berkongsi resepi sambal kering kacang bilis yang simple yang bole menjadi kudapan. Bahan2nya kacang dan ikan bilis di goreng garing. Biarkan. Kemudian cili kering dan bawang merah yang telah dikisar ditumis. Masukkan garam dan guka secukup rasa. Resepi tidak menggunakan air asam ya.masak hingga betul2 garing. Tutup api dan masukkan kacang dan ikan bilis. Gaul rata dan siap untuk di santap...sedap..

Nasi maqlubah

Salaam sahabat..saya telah beberapa kali buat nasi arab maqlubah ni..menjamu saudara mara berkunjung semasa raya aidilfitri dulu..hidangan yang menepati selera kami semua..nanti kalau ada masa saya titipkan resepinya..saya pun belajar dari sahabat saya. Jamu Mata dulu ya  Selamat malam..

Sunday, January 6, 2013

Rempeyek Mudah dan Rangup

Rempeyek Mudah dan Rangup. Garing dan Sedap.

 Cara-cara menggoreng - Tuangkan adunan pada tepi kuali yang melengkung.

Biarkan sebentar, kemudian kuiskan ketengah kuali. Gorenglah seperti biasa. Guna api perlahan ya. 

 REMPEYEK MUDAH DAN RANGUP
Assalaamualaikum sahabat, marilah mencuba resepi rempeyek rangup ni. Sudah beberapa kali saya mencuba, Alhamdulillah tidak mengecewakan, malah dah berulang-ulang mengunyah sampai tak sedar dah habis di makan. Foto diatas saya ambil semasa saya mengajar adik membuat kudapan ini. Kalau nak cuba Resepi saya salin dibawah. Sebenarnya saya dapat resepi ini di internet tapi saya dah olah sikit. Tak ingatlah pula nama pengirimnya.Terima kasih dan Moga Allah berkati usaha anda.

REMPEYEK MUDAH DAN RANGUP
Sumber : Internet
Telah di cuba : Adib Rasa

Bahan-bahannya
200 gm tepung beras
1 sudu besar tepung kanji
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
4 biji buah keras - tumbuk halus
1 sudu besar ketumbar biji - tumbuk kasar
1 sudu besar jintan manis - tumbuk kasar
1/ 2 cawan ikan bilis - tumbuk kasar
300ml santan cair
beberapa helai daun limau purut - di mayang halus
1 mangkuk kacang tanah ( lagi banyak lagi bagus - secukupnya)
Garam secukup rasa
 Minyak untuk menggoreng
Kuali melengkung
senduk kecil

Cara-caranya
1)Satukan semua bahan kecuali kacang tanah. Kacau rata. Adunan agak cair ya.
2) Cara menggoreng seperti foto di atas, ambil adunan sesenduk kecil, taburkan kacang diatasnya dan  tuangkan di tepi kuali melengkung tadi. Api dapur mesti kecil ya, kalau besar nanti kacang tak masak. Setelah adunan sedikit menggeras, kuis/ tolakkan adunan kedalam minyak. Gorenglah seperti biasa dan ulangi.

Adib Rasa seronok buat kudapan ini, ianya mengajar kita kesabaran dan hasilnya amat memuaskan. Kalau suka mengunyah, cubalah resepi enak ini.
ADIB RASA...

Saturday, January 5, 2013

QUICK BANANA MUFFINS

MUFFIN PISANG SEGERA

SUNGGUH LEMBUT DAN GEBU!!

















































































 QUICK BANANA MUFFIN / MUFFIN PISANG SEGERA
Assalaamulaikum sahabat, petang ini saya teruja untuk mencuba muffin pisang segera dari resepi yang saya ambil dari Along Roz. Terima kasih banyak- banyak memberi resepi muffin yang hasilnya amat gebu, lembut dan sedap ni.. yummy.. Alhamdulillah tak rugi mencuba, anak-anak gembira menikmatinya dan ibu amat ceria dapat menghabiskan buah pisang yang berbaki dan tidaklah membazir. Saya recommend anda patut mencubanya, Resepi saya titipkan di bawah ini :

MUFFIN PISANG SEGERA
Resepi asal dari : Along Roz
Telah dicuba : Adib Rasa

Bahan-bahannya
170 gm pisang masak - di lenyek
3/4 cawan gula perang halus
1 biji telur grade A- dipukul sikit ( saya guna 2 biji telur grade C )
1/3 cawan mentega cair ( saya guna canola oil )
1 st baking powder*
1 st soda bikarbonat*
1 1/2 cawan tepung gandum* di ayak
1/2 st garam halus
Chocolate Rice untuk taburan ( saya tambah )

Cara-caranya
1) Dalam mangkuk besar, gula perang, telur, mentega cair di gaul rata, guna whisk dan masukkan pisang lenyek , gaul rata.
2) Kemudian masukkan bahan-bahan kering yang lain, gaul rata.
3) Sudukan dalam papercup, taburkan choc rice dan bakar 170 degrees celsius selama 15 - 20 minit.

Adib rasa amat mudah dan cepat penyediaan muffin ini dan hasilnya sungguh memuaskan. Cubalah.
ADIB RASA...
Add caption

Tuesday, January 1, 2013

BERJAYA - STEAM FRUIT CAKE

Alhamdulillah percubaan pertama berjaya!!

Masih dalam kukusan - Tutup dengan aluminium foil.

Tenguk naik kek ni...



Assalamualaikum sahabat... percubaan pertama saya menjadi ...Syukurillah...kek kegemaran saya dan suami. Anak-anak tidak berapa suka, tidak mengapa, saya boleh enjoy munching the whole cake..dah habis pun.. Saya buat last month, terlalu ingin mencuba. Terima kasih kepada Chef Zubaidah. Saya dapat dari Spices journey. Terima kasih sharing resepi yang benar, ikhlas dan tulus mulus ni. Resepi saya lampirkan di bawah ini.

STEAM FRUIT CAKE / KEK KUKUS BUAH
Resepi asal : Chef Zubaidah melalui Spices Journey
Telah dicuba : Adib rasa
Bahan-bahannya
225 gm mentega/ butter
340 gm gula pasir ( saya guna brown sugar )
50 gm air panas
500 gm mixed fruit
3 biji telur grade A
1 st cream of tartar*
2 st soda bikarbonat*
350 gm tepung gandum*
1 st serbuk nutmeg*
1 st esen vanilla

Cara-caranya
1) Panaskan kukusan dengan api sederhana.
2) Masak gula hingga perang dan tuangkan air panas perlahan-lahan / berhati-hati.
3) Kecilkan api, masukkan butter / mentega hingga cair. Masukkan mixed fruit, biarkan mendidih, ketepikan/ sejukkan.
4) Masukkan bahan* ( diayak dahulu ya) kedalam gula, gaul rata guna sudip kayu.
5) Bekas lain, pukul telur, guna mixer dan tuang ke adunan tadi, kacau rata. Tuang ke loyang, tutup dengan aluminium foil. Kukus selama 4 jam, setiap 1/2 jam check kukusan , kalau kurang air, tuang air panas kedalam kukusan. Bila sudah masak, biarkan sejuk, baru lah dipotong.

Adib rasa teruja dengan kejadian kek ini, semakin sedap bila dimakan pada esuk hari. Juga Adib rasa kek ni mengajar kita menjadi lebih sabar walaupun penantiannya tidak menyeksa saya. Berani mencuba?

ADIB RASA...