Sunday, January 6, 2013

Rempeyek Mudah dan Rangup

Rempeyek Mudah dan Rangup. Garing dan Sedap.

 Cara-cara menggoreng - Tuangkan adunan pada tepi kuali yang melengkung.

Biarkan sebentar, kemudian kuiskan ketengah kuali. Gorenglah seperti biasa. Guna api perlahan ya. 

 REMPEYEK MUDAH DAN RANGUP
Assalaamualaikum sahabat, marilah mencuba resepi rempeyek rangup ni. Sudah beberapa kali saya mencuba, Alhamdulillah tidak mengecewakan, malah dah berulang-ulang mengunyah sampai tak sedar dah habis di makan. Foto diatas saya ambil semasa saya mengajar adik membuat kudapan ini. Kalau nak cuba Resepi saya salin dibawah. Sebenarnya saya dapat resepi ini di internet tapi saya dah olah sikit. Tak ingatlah pula nama pengirimnya.Terima kasih dan Moga Allah berkati usaha anda.

REMPEYEK MUDAH DAN RANGUP
Sumber : Internet
Telah di cuba : Adib Rasa

Bahan-bahannya
200 gm tepung beras
1 sudu besar tepung kanji
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
4 biji buah keras - tumbuk halus
1 sudu besar ketumbar biji - tumbuk kasar
1 sudu besar jintan manis - tumbuk kasar
1/ 2 cawan ikan bilis - tumbuk kasar
300ml santan cair
beberapa helai daun limau purut - di mayang halus
1 mangkuk kacang tanah ( lagi banyak lagi bagus - secukupnya)
Garam secukup rasa
 Minyak untuk menggoreng
Kuali melengkung
senduk kecil

Cara-caranya
1)Satukan semua bahan kecuali kacang tanah. Kacau rata. Adunan agak cair ya.
2) Cara menggoreng seperti foto di atas, ambil adunan sesenduk kecil, taburkan kacang diatasnya dan  tuangkan di tepi kuali melengkung tadi. Api dapur mesti kecil ya, kalau besar nanti kacang tak masak. Setelah adunan sedikit menggeras, kuis/ tolakkan adunan kedalam minyak. Gorenglah seperti biasa dan ulangi.

Adib Rasa seronok buat kudapan ini, ianya mengajar kita kesabaran dan hasilnya amat memuaskan. Kalau suka mengunyah, cubalah resepi enak ini.
ADIB RASA...

1 comment: